Owner Post Them Follow Dash



Atelophobia
Atelophobia;

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
[POST CODE. WIDTH 219 HEIGHT 100]
[FORM CODE. WIDTH 175 HEIGHT 86]


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini


Tema : Alam
Oleh : nur fatin marini

 Betapa indahnya alam ini
Anugerah Allah yang tidak ternilai
Laut yang berombak-ombak
Awan yang berarak-arak
Udara segar bertiup-tiup

Keindahan ini memberi ketengan jiwa
Aku berdiri di atas gunung
Berdiri dibawah langit
Melihat keindahan yang terpapar dimataku

Keindahan dunia yang sukar diganti
Aku mempertaruhkan nyawa
Demi melihat keindahan alam
Keindahan ciptaan Allah
Anugerah yang tak ternilai olehNya.








Tema : ilmu
Oleh nur fatin marini

Di pagi yang cerah ini
Ku tatap gerbang menjulang tinggi
Ku langkahkan kakiku dengan penuh semangat
Memasuki halaman yang luas
Halaman sekolahku  tercinta

Sekolah..
Disini tempatnya aku menabur ilmu
Menjadi jendela dalam hidupku
Di sini tempatnya aku menggoreskan jutaan pena

Sekolah..
Di sini aku belajar dan membaca
Di sini dari kosong sehingga menggunung ilmu didada

Sekolah..
Di sini aku banyak menimba ilmu..
Ilmu yang aku perlu kejar  untuk meneruskan gelora hidup..
Sekolah..
Disini lah yang mengajar aku erti kehidupan..
Kehidupan yang luas untuk diterokai..
Belajar mencari ilmu..
Lawan jiwa yang kotor..
Untuk menggapai segenggam ilmu.




Tema : budaya & warisan
Oleh : nur fatin marini

Seratus tahun telah berlalu
Terdampar ribuan pulau
Dimana banyaknya kehidupan yang ada
Tempat yang terbahagi bahagia
Tempat lahirnya seorang insan
Yang akan selalu
Teriangan diingatan..
Terdapat bermacam budaya
Yang menyatukan kita menjadi Satu
Satu… keindahan budaya tersemat
Budaya yang indah di variasikan
Budaya yang menyatukan kita menjadi pertiwi yang indah
Budaya yang mengajar kita kehidupan yang pelbagai
Budaya yang menjadi pelangi untuk seorang insan.










Tema : ekonomi
Oleh : nur fatin marini

Aku termangu dalam kelam
Hari berganti hari
Semakin hari semakin kelam ekonomi Malaysia
Semakin hilangnya mata wang di dunia
Kecilnya nilai mata wang
Terkesan sehinggan rakyat jelita
Rakyat kini papa kedana dek kerana kegawatan ekonomi
Ekonomi yang kian merosot dek kerakusan pemimpin
Terlalu taksub dengan duniawi
Memberi kesan yang mendalam kepada rakyat jelata
Rakyat kini umpama hamba yang daif
Membanting tulang memberi keluarga makan
Sukarnya hidup zaman ini
Hanya disebabkan keganasan pemimpin dalam membalut kekayaan.


Tema : perpaduan
Oleh : nur fatin marini

Malaysia
Tanah tumpah darah tercinta
Pelbagai warna budaya tercipta
Damai, harmoni, keamanan yang sentiasa
Di bawah naungan paying mahkota
Kita bangsa Malaysia bersatu padu
Melakar Malaysia di pentas dunia
Menjadikan Malaysia sentiasa dipandang
Kerana kita satu yang sentiasa bersepadu

Bersatulah bangsaku
Kita kibar nama Malaysia
Gegarkan dunia dengan nama Malaysia
Bersatu padu menenggakkan budaya
Biarpun adat berbeza
Biarpun agama berbeza
Biarpun berlainan pendapat
Kita bersatu demi Malaysia!



Tema : sains & it
Oleh : nur fatin marini

Semakin hari semakin canggih teknologi yang diciptakan
Teknologi yang kian berkembang diseluruh dunia
Pelbagai kemudahan yang mudah didapati
Hanya di hujung jari kita dapat memilikinya..

Teknologi yang kini hanya dimana-mana
Kebaikan yang ada dipergunakan
Keburukan yang ada harus disisihkan
Ada masa memberi kebaikan, ada masa memberi padah yang mendalam

Anak muda yang kian agresif membina matlamat
Anak muda yang kian bijak dengan pelbagai kemudahan teknologi
Anak muda yang kian bangkit melawan penindasan
Anak muda yang semakin pintar mereka pelbagai animasi




Tema : anak bangsaku !
Oleh : nur fatin marini

Anak bangsaku
padam bara hatimu
sedingin salju.

Anak bangsaku
siramilah budimu
subur selalu.

Anak bangsaku
terangilah dadamu
iman di kalbu.

Anak pertiwi
hidup biar memberi
amalan diri.

Menerimalah
segala rasa payah
tiada gundah.

Anak bangsaku
yang perlu engkau tahu
usul dirimu.


Kekeluargaan : syurga duniaku..
Oleh : nur fatin marini

Di sini terlahirnya perasaan cinta..
Di sini terlahirnya perasaan kasih..
Di sini terlahirnya perasaan sayang..
Di sini terlahirnya air mata kegembiraan dan kesedihan..
Di sini juga terlahirnya sebuah keluarga bahagia..
Di dunia ini, keluargalahh syurgaku..
Disaat menanti kesusahan..
Keluarga datang menghulur tangan kepadaku..
Di saat aku lemah..
Keluarga yang sentiasa disampingku..
Di saat aku terjatuh..
Keluarga jugalah datang memberi semangat..
Di saat aku hilang arah..
Keluarga datang memberi dorongan..
Di sini tumbuhya sayang..
Di sini mekarnya cinta mengharungi..
Keluarga cinta yang tak ternilai..
Yang tiada dijual beli oleh sesiapa..
Kekal abadi hingga akhir hayatku..





Ketuhanan : aku pendosa tanpa noktah.
Oleh : nur fatin marini

Mati itu pasti..
Aku diambang dengan dosa dan kelalaian..
Di keheningan malam aku terfikir sejenak…
Apa yang aku inginkan dalam hidupku..
Aku lalai mengingatiNya..
Aku alpa kepadaNya..
Aku terus hanyut dengan duniaku..
Dunia ini ibarat syurga bagiku..
Sedangkan,akhiratlah syurga yang kekal abadi..
Apabila jasad kaku dan tidak lagi bernyawa..
Tiada lagi hidupku untuk terus insaf..
Hanya ratapan yang menjadi igaunku..
Aku ingin ke syurgaMu..
Tapi aku tidak layak untuk ke syurgaMu..
Tapi aku juga, tidak sanggup untuk kenerakaMu…









Tema : menunggu cinta
Oleh : nur fatin marini

Di kala mentari siang
Terik menyengat kulit
Seketika berubah mendung
Rintik,hujan deras turun
Di bawah oleh hati yang gelisa
Kesabaran menunggu datangnya rasa
Hujan membasahi bumi dan tubuh
Berdiri,sendiri dalam keramaian
Aku tak peduli mereka
Ku tunggu sebuah cinta
Menjemput hati yang sepi ini
Kau datang dengan keteduhan
Tapi tak kau tawarkan keteduhan

Aku hanya minta sebuah keping hati
Sebuah jawapan cinta yang tertunda
Tak sabar aku menunggu
Aku mencintai mu.